Jika anda mempunyai kulit yang sihat
berseri, semua orang pasti akan selesa
dengan anda.
Berikut kami kongsikan tentang 4 mitos berkaitan
jerawat dan
kulit :
Mitos
#1: Jerawat disebabkan oleh memakan
coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu?
Palsu. Ahli sains berkata
bahawa coklat atau gula-gula
tiada kena-mengena dengan jerawat atau
akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan
yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi
untuk mengubati masalah akne anda.
Mitos
#2: Mengambil makanan berminyak
menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu?
Palsu. Makanan berminyak
seperti makanan segera, piza, kentang
goreng atau kacang tidak menyebabkan
jerawat, atau menjadikannya lebih teruk.
Mitos
#3: Mengambil pil-pil untuk kulit
boleh membantu kulit saya menjadi lebih
sihat.
Benar/Palsu?
Palsu. Tiada penyelidikan
saintifik yang membuktikan bahawa pil
atau vitamin untuk kulit boleh secara
ajaib memberi anda kulit yang sihat
atau mengubati masalah kulit anda. Anda
hanya perlu makan makanan yang
berkhasiat dan makan pada
masa yang tetap untuk
mendapat semua nutrien yang diperlukan
oleh badan anda.
Mitos
#4: Meletakkan makanan, seperti
timun, putih telur atau jus aloe vera,
pada kulit saya boleh membantu kulit
saya menjadi sihat.
Benar/Palsu?
Palsu. Nutrien-nutrien
makanan tidak berfungsi dengan begitu
mudah pada badan atau kulit anda. Cara
yang paling baik untuk mendapat faedah
daripada makanan ialah dengan memakannya.
Sumber -
Artikel iluvislam.com