Beberapa dewa termasuk
dewa Izanaki dan
dewi Izanami, sedang mencipta
Kepulauan Jepun.
Pada
suatu hari, Izanami telah melahirkan
Dewa Api, tetapi meninggal akibat
terbakar. Izanaki yang terlalu cinta akan isterinya Izanami, turun ke
alam barzakh untuk melihatnya.
Apabila dia nampak roh Izanami,
Izanami pun berkata, "Saya tidak boleh balik lagi kerana saya sudah
memakan makanan di alam ni. Tetapi kerana kau sudah berada di sini, saya
akan tanya Dewa alam Barzakh untuk membenarkan saya pergi dengan kau.
Tetapi kau mesti janji yang kau tidak akan mengikut saya sehinggalah
saya kembali."
Namun, Izanaki tidak sabar dan dia pun mengekori
isterinya ke istana alam barzakh. Di sana, dia terlihat badan isterinya
yang tersalut dengan cacing, serta dewa-dewa petir yang menggerunkan.
Secepat
mungkin, Izanaki melarikan diri. Dia menggunakan sebuah batu besar
untuk menghalang isterinya daripada mengikutnya. Batu itulah yang
merupakan batu pemisah antara dunia ini dengan
alam barzakh.
Catatan:-
1. Cerita ini amat serupa dengan hikayat Orpheus dalam mitos Greek. Mitos ini mungkin sampai ke Jepun melalui Korea dan China.
2.
Apa yang telah dimakan oleh Izanami tidak jelas. Tetapi dalam mitos
Greek, Persephone telah makan buah delima di alam barzakh. Oleh itu, dia
tidak dapat kembali ke pangkuan ibunya.
- Diterjemah daripada
The Underworld -
menarik kisah ni. nice post bro