Para dewa telah membuang Susanoh, dewa yang liar dari syurga. Dia telah dibuang ke
Dataran Izumo.
Di
bandar tersebut, dia mendapati bahawa setiap tahun, seekor
ular gergasi
berkepala lapan akan makan salah satu daripada gadis kampung itu.
Pada
tahun tersebut, mangsa seterusnya sepatutnya ialah Puteri Kusinada.
Susanoh memberitahu ibubapa Puteri Kusinada bahawa dia mesti dibenarkan
berkahwin dengan Puteri Kusinada jika dia boleh menyelamatkan nyawanya.
Ibubapa
Kusinada pun menerima tawaran Susanoh dengan hati gembira.
Menurut
arahan Susanoh, penduduk-penduduk Izumo membina 8 pagar dan meletakkan
satu botol penuh dengan 'sake' di bawah setiap pagar.
Lalu,
makhluk itu pun datang. Setiap satu kepalanya pun ke setiap pagar dan
mula meminum 'sake' tersebut. Dengan cepat, ular gergasi berkepala lapan
itu pun mabuk dan tertidur. Semasa tertidur, Susanoh pun memotong
makhluk itu menjadi kepingan.
Susanoh berkahwin dengan
Puteri Kusinada seperti yang dijanjikan. Dia pun membina sebuah istana besar di Izumo.
Catatan:-
1.
Susanoh merupakan adik kepada dewi Jepun yang teragung, Amateras. Dia
boleh dikaitkan dengan Poseidon dalam mitos Greek, tetapi cerita ini
lebih serupa dengan cerita pembunuhan Hydra oleh Heracle. Hydra
melambangkan sungai ataupun aliran air, tetapi dalam Jepun, ia
melambangkan banjir ataupun lava.
2. Izumo kini ialah sebuah bandar di barat Jepun. Tempat inilah tempat yang dipercayai mitos itu berlaku.
3. Pada zaman dahulu, 'lapan' bermaksud 'banyak'. Jadi jumlah sebenar kepala ular tersebut mungkin 10, 100 ataupun lebih.
- Diterjemah daripada
The Serpent with Eight Heads -