Walaupun terdapat banyak lagi dewa yang lebih berkuasa di syurga,
Ohkuni-nushi (raja di darat) merupakan dewa teragung di darat, di Jepun
pada zaman dahulu. Sejak kecil lagi, abang-abangnya benci akan
Ohkuni-nushi, dan bercadang untuk membunuhnya. Mereka memberitahu
kepadanya, "Kami akan mengejarkan seekor babi hutan besar berwarna merah
dari gunung, dan kau mesti tangkap babi hutan itu di bawah." Namun,
bukan babi hutan yang ditangkapnya, tetapi sebuah batu berapi yang besar
pula. Ohkuni-nushi pun mati terbakar.
Ibunya berasa amat derita
dan memohon kepada para dewa untuk menghidupkan semula si Ohkuni-nushi.
Dengan itu, Ohkuni-nushi berjaya dihidupkan semula. Namun begitu,
abang-abangnya telah memikirkan satu lagi cara. Mereka membuka satu
lubang pada sebatang pokok, tolak Ohkuni-nushi masuk ke dalam, dan tutup
semula lubang tersebut. Ohkuni-nushi terperangkap di dalam pokok itu.
Namun
begitu, dengan pertolongan ibunya, Ohkuni-nushi sekali lagi dihidupkan
semula. Dia ke alam barzakh untuk mencari seorang isteri, dan kembali ke
darat untuk menjadi raja. Dia telah dihidupkan semula sebanyak dua kali
dan kembali dari alam barzakh. Ini bukanlah suatu kejutan kerana dia
merupakan Dewa Tumbuh-tumbuhan. Kepada mereka yang tinggal berdekatan
dengan alam semulajadi, kematian dan kelahiran adalah sesuatu yang
berlaku setiap tahun.
Catatan:-
1. Di Mesir, Osiris
merupakan dewa yang terkenal yang telah dihidupkan semula. Abangnya,
Seth benci akan dia lalu membunuhnya. Kemudian kakaknya dan isterinya,
Isis menolong menghidupkannya kembali.
2. Dalam mitos Greek,
Adonis tinggal di alam barzakh selama 4 bulan, berpindah ke darat selama
4 bulan yang seterusnya, dan buat sesuka hatinya dalam bulan-bulan yang
lain. Dia terbunuh oleh seekor babi hutan. Dia juga merupakan Dewa
Kematian dan juga Dewa Tumbuh-tumbuhan.
- Diterjemah daripada
The Lord of the Land -