Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang
dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan
memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari
tuannya.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah
orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut
kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh
masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi
mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit
jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk
memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat
kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan
apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali
dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
Matlamat
Hantu polong dikatakan akan dipelihara oleh lelaki untuk menyakiti
musuh. Selain itu hantu polong juga digunakan bagi mendapatkan wang.
Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya
datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana
membantu mengubati mangsa.
Status
Hantu polong adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia.
Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah
tuannya. Dengan itu hantu polong tersebut perlu diwariskan kepada
seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya
mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu polong akan hidup liar dan
mengganggu penduduk berdekatan.
Kelemahan
Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan
syrik dalam ugama Islam. Polong boleh dipaksa bagi memberikan nama
tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan bagi
menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu yang akan
menyebabkan polong yang berada dalam badan mangsa kesakitan.
Sumber Rujukan:
Wikipedia