Ada banyak
mitos kesihatan disekitar kita yg terlanjur diyakini kebenarannya. Antaranya
mitos
'masuk angin', 'kerokan' dan 'angin duduk'. Masuk angin sering
diasosiasikan dgn ditimpa hujan, kurang tidur, ataupun perubahan musim
(cuaca). Kerokan adalah usaha utk 'mengeluarkan angin' dr dlm tubuh,
sdgkan angin duduk sering dihubungkan dgn kematian mendadak.
Masuk Angin dan Ditimpa Hujan
Bagaimana sebenarnya?
Mitos msuk angin
memang ada benarnya, tapi apa pula salahnya. Misalnya, kita beranggapan
bahawa ditimpa hujan boleh menyebabkan masuk angin, demam, batuk dan
badan linu2. Padahal ini adalah infeksi virus influenza. Apa hubungan
antara air hujan dgn virus influenza? Apakah di dalam air hujan terdapat
virus influenza? Apakah dibalikbaju yg basah terdapat segerombolan
virus yg siap menyerang? Tentu Tidak.
Mengapa kita sakit setelah ditimpa hujan? Apakah kita pernah berfikir
bahawa para atlet renang yg hampir 8 jam sehari berada di kolam renang
sering masuk angin? Bahkan kita sendiri saat berekreasi ke pantai atau
berenang dikolam renang tetap segar bugar. Padahal sama2 air? Mengapa
boleh demikian?
Disiplin ilmu psikoneuroimunologi (PNI) menjelaskan dalil (Hadith Qudsi)
bahawa, Allah sebagaimana prasangka hamba-Nya. Prasangka adalah dugaan
atau persepsi kita. Apabila Allah saja wujud dan keberadaan-Nya
bergantung pada cara kita memahami dan memaknainya, apalagi sebuah
fenomena dlm kehidupan. Persepsi kita adalah bentuk lain daripada doa.
Saat tubuh ditimpa hujan, lalu kita merasa sengsara dan menganggap akan
sakit, kemungkinan besar kita pun akan sakit.
Daripada mana datangnya 'doa' tersebut? daripada informasi yg disumatkan
ke dlm benak kita. Daripada mana datangnya informasi itu? Daripada
pengetahuan yg kita terima sbg sebuah budaya. Budaya tersebut kemudian
diwariskan secara turun-temurun. Lalu kita meyakininya sbg sebuah
kebenaran. Dgn demikian, kita sudah berburuk sangka terhadap air hujan.
Keyakinan bahawa ditimpa hujan akan membuat sakit diterima dan
menciptakan kecemasan di otak ketika kita mengalaminya. Saat cemas
itulah meningkatkan kadar hormon kortisol, sehingga sistem pertahanan
tubuh menjadi lemah. Keadaan ini memudahkan kuman atau virus yg tidak
diundang masuk dan menggangu sistem tubuh kita. Tanpa disedari,
ketakutan dan kecemasan kita telah mengundang mereka utk 'berpesta'.
Dari mana mereka datang? Mungkin dari sekitar, dari org lain yg kita
jumpa, ataupun dari virus di sekitar lubang hidung kita yg memang sudah
menunggu2 giliran utk masuk. Inilah sebuah gambaran indah tentang
aplikasi sebuah doa. Sebagai harapan yg sarat pra-duga, doa kita
diterima oleh sistem tubuh kita sendiri.
Kerokan
Sebenarnya, kerokan termasuk sebuah kaedah terapi yg telah teruji secara
ilmiah. Kerokan dapt digambarkan sbg upaya utk merangsang sistem
pertahanan tubuh melalui induksi radang lokal. Dgn adanya faktor
peradangan, pembuluh darah akan melebar sesaat sehingga faktor2
pertahanan tubuh seperti interferon dan tumor nekrosis aktif kembali.
Keadaan ini diharapkan akan membangkitkan 'ghairah' sistem pertahanan
tubuh itk mengawal virus. Bahkan jika virus itu dianggap membahayakan,
sistem pertahanan tubuh yg telah distimulasi tersebut dapat
mengeliminasikan dan memproses ulang virus tersebut menjadi material
biologi yg lebih bermanfaat.
Angin Duduk
Angin duduk adalah gejala kelainan otot jantung yg terdiri dlm waktu
singkat. Keadaan ini, timbul kerana kurangnya oksigen, sehingga banyak
sel otot jantung mengalami kematian.
Mengapa otot jantung boleh mengalami kekurangan oksigen? Kerana pembuluh
darah yg membawa darah kaya oksigen ke bahagian2 otot jantung
tersumbat, akibatnya adanya pembentukan 'bukit2' pada dinding pembuluh
dalah bahagian dalam. Bukit2 ini muncul kerana adanya luka pada bahagian
dalam akibat derasnya aliran darah serta banyaknya radikal bebas -
khususnya yg berasal dari lemak tepu.
Radikal bebas berbahaya kerana sifat kimianya yg cenderung mengambil
sebahagian elektron atau proton dari sel dinding pembuluh darah agar
dirinya menjadi lebih setabil. Akibatnya sel tersebut rosak. Proses
kerosakan itu akan mengundang sistem pembaikan, tetapi bila kerosakan
iru terjadi secara berulang penambahan yg terjadi akan 'membukit'.
Akibat penyumbatan yg terjadi di pembuluh darah jantung yg bernama
koroner, penyakitnya disebut jantung koroner. Jadi angin duduk
sebenarnya adalah sebahagian daripada gejala penyakit jantung koroner.