Mitos : Cinta sudah cukup sebagai dasar perhubungan
Fakta : Dalam memilih pasangan, ramai orang yang lebih
mementingkan perasaan cinta yang sedang mekar. Hal itu tidak salah,
tetapi saat ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius seperti
bernikah, sekadar perasaan cinta yang mekar saja tidak akan cukup.
Seperti tanaman, cinta pun memerlukan nutrisi untuk memastikan ia tetap
hidup. Kepercayaan, toleransi, intimasi dan komitmen adalah nutrisi
utama bagi perasaan cinta. Jika kamu hanya mempunyai perasaan cinta
tetapi tanpa nutrisinya, maka dapat dipastikan, perasaan itu tak akan
bertahan lama.
Mitos : Cinta tak perlu dipelajari
Fakta : Cinta juga perlu dipelajari. Jika kamu menganggap cinta
saja sudah cukup, maka secara automatik kamu dan pasangan kamu tak akan
pernah belajar untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Padahal,
sebesar manapun cinta seseorang, masalah dalam hubungan pasti akan
mendatang. Namun begitu, jika masalah tersebut dapat kamu atasi,
hubungan kamu dan pasangan akan semakin kuat. Oleh kerana itu, jangan
jadikan perasaan cinta kamu sebagai satu alasan untuk berhenti belajar
dan mengenali pasangan kamu dengan lebih dalam.
Mitos : Pasangan tak akan berubah sampai bila-bila
Fakta : Setiap orang akan berubah dari semasa ke semasa. Dulu si
kekasih selalu menghantar pesanan ringkas ucap 'Morning/Goodnight Dear'
kepada kamu. Namun, setelah beberapa lama hubungan terjalin, pesanan
ringkas seperti itu mungkin terlalu susah untuk masuk ke dalam peti
masuk pesanan ringkas. Kamu mungkin tak akan dapat bertahan dengan
perubahan yang berlaku. Apa yang kamu dapat lakukan ialah dengan
menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut dan setelah itu kamu akan
berasa bahagia kembali. Tambahan pula, adakah cinta seseorang hanya
dapat dibuktikan dengan pesanan-pesanan ringkas yang macam tu ?
Mitos : Pasangan sempurna akan membuat kamu bahagia
Fakta : Tak ada seorangpun yang sempurna di dunia ini. Tetapi,
carilah seseorang yang dapat menyempurnakan hari-hari kamu. Si dia
mungkin tak sekacak aku, tak sekaya al-Bukhori dan rambutnya tak seperti
artis K-POP. Tapi, perangainya, tingkah-lakunya, nilai-nilai yang
terdapat pada si dia dapat membuat hati kamu tenang dan berasa selamat
pada setiap masa bersamanya. Itulah pasangan yang 'sempurna'.
Mitos : Pernikahan adalah prestasi
Fakta : Jangan pernah terasa kebelakang dengan status sahabat
kamu yang sudah bernikah. Bernikah bukan prestasi. Bernikah tidak
bererti kamu memiliki kelebihan daripada sahabat-sahabat kamu. Berputus
asa kerana status single, lebih baik buka fikiran kamu menjadi lebih
positif. Aura dan emosi yang positif akan membuatkan kamu lebih menarik
di mata orang lain. Dan jika sampai pada waktunya, pernikahan, akan
berlansung.
Sumber:
http://aimanayie.blogspot.com/2011/11/fakta-mitos-cinta.html
Sekiranya anda ingin berkongsi article, boleh email ke ramadhanz92#at#gmail.com