Walau semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak
boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis
mitos dalam
masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda,
mitos penyakit misteri,
mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.
Dalam masyarakat Asia, mitos
hubungan intim sememangnya sangat tebal
walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang
kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.
Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya
mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan
seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.
Berikut adalah 10
mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan
masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?
Mitos 1: Wanita mengalami pendarahan sewaktu kali pertama hubungan seks
Wanita biasanya mengalami pendarahan sewaktu kali pertama melakukan
hubungan intim kerana selaput daranya pecah. Bagaimanapun, pada zaman
ini, dengan kebanyakan wanita hidup cergas dan aktif melakukan pelbagai
aktiviti rekreasi seperti menunggang kuda dan bersukan, selaput dara itu
mungkin pernah pecah sebelum ini. Jadi kenyataan itu, hari ini adalah
satu mitos.
Mitos 2: Lelaki sentiasa bersiap-sedia
Jangan silap dengan menyatakan kaum lelaki akan sentiasa ghairah dan
bersiap sedia melakukan seks pada setiap masa. Wanita harus faham bahawa
lelaki juga turut dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, tarikan
pasangan dan mood.
Mitos 3: Wanita tidak hamil jika haid
Ramai yang mempunyai pemahaman yang salah tentang hal ini. Walaupun
peratusan berlakunya kehamilan pada saat haid adalah kecil tetapi ia
tetap menolak kenyataan itu sekali gus menjadikannya sebagai mitos. Oleh
kerana sperma dapat hidup selama lima hari dalam tubuh wanita, ia
memungkinkan kehamilan berlaku ketika itu.
Mitos 4: Ejakulasi di luar vagina mengelak kehamilan
Oleh kerana tidak memakai kondom anda mengambil keputusan melepaskan
air mani anda di luar kerana menyangka pasangan anda tidak akan hamil.
Jangan silap, risiko kehamilan dengan cara ini masih agak tinggi.
Mitos 5: Wanita lebih suka zakar besar
Kenyataan ini tidak benar kerana banyak pakar mendedahkan ramai
wanita mengakui saiz bukanlah segalanya. Banyak wanita menekankan
asmara, rangsangan sentuhan, kata-kata, ciuman dan sebagainya adakalanya
lebih penting daripada saiz zakar.
MASYARAKAT seharusnya diberi pendidikan sewajarnya supaya mereka tidak terus dibelenggu kepercayaan salah.
Mitos 6: Hanya wanita mengalami orgasme berkali-kali
Walaupun sekitar 30 peratus wanita mengalami orgasme berkali-kali,
tetapi hanya 10 peratus melaluinya secara teratur. Sebaliknya beberapa
pakar mendedahkan lelaki juga dapat mengalami orgasme berkali-kali tanpa
kehilangan ereksi. Ia dikatakan lebih banyak terjadi kepada lelaki
muda.
Mitos 7: Zakar besar bila beronani
Tidak ada sebarang bukti menunjukkan zakar dapat menjadi lebih besar bila memuaskan nafsu dengan cara itu.
Mitos 8: Onani boleh mandul
Tidak kaitan langsung antara onani dengan kemandulan. Secara
logiknya, onani dan melakukan hubungan intim secara normal hanya berbeza
daripada tekniknya. Onani menggunakan tangan, seks normal memasukkan
zakar ke dalam vagina – hasil akhirnya adalah ejakulasi.
Mitos 9: Seks berkait dengan etnik
Ada yang berpendapat etnik tertentu lebih hebat beraksi di ranjang
dan begitu juga sebaliknya. Pakar seksual berpendapat etnik tiada kaitan
dengan kehebatan seseorang dalam melakukan hubungan seks. Sebaliknya,
ia lebih menjurus kepada ilmu pengetahuan tentang hubungan intim yang
dipelajari seseorang.
Mitos 10: Tidak nikmat tanpa orgasme
Dalam satu kajian mendedahkan hanya sesetengah wanita mengalami
orgasme dalam hubungan seksual mereka. Tetapi wanita ini mengakui tanpa
orgasme, mereka masih boleh menikmati seks dan mencapai klimaks.