Thursday, November 17, 2011

Mitos Jepun - Matahari di Belakang Batu (The Sun Behind the Rock)



Amateras-ohmikami, yang bermaksud 'dewi yang bersinar di syurga', ialah dewi Jepun yang teragung. Dia melambangkan matahari, kerana cahayanya menyinari pagi di bumi. Adiknya Susanoh selalu bersikap kejam terhadapnya.

Pada suatu hari, Susanoh melontarkan kulit kuda yang keras ke dalam kuil Amateras, lalu terkena salah satu daripada penjaga-penjaga kuil yang sedang menjahit. Penjaga itu pun tertikam satu alat menjahit yang tajam lalu mati.

Dengan perasaan marah, Amateras pun bersembunyi di belakang sebuah batu yang besar, dan seluruh dunia pun gelap gelita. Dewa-dewa yang lain pun membuat satu cara untuk mengeluarkan Amateras dari batu tersebut.

Mereka mengadakan majlis yang besar di hadapan batu tersebut. Amateras berasa amat curiga lalu bertanya mereka perkara yang berlaku. Salah satu daripada mereka berkata, "Seorang lagi dewi yang agung telah muncul dan kami sedang membuat majlis untuk meraikannya."

Apabila Amateras menggerakan batu itu sedikit untuk melihat, seorang dewa menarik dia dari batu tersebut, dan sekali lagi cahaya menerangi bumi.

Catatan:-

1. Tentang kulit kuda itu, saya pun tidak pasti. Mungkin apa yang dimaksudkan ialah sesuatu yang diperbuat daripada kulit kuda. Contohnya kasut.

- Diterjemah daripada The Sun Behind the Rock -
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment