Thursday, November 17, 2011

Mitos Jepun - Alam Barzakh (The Underworld)


Beberapa dewa termasuk dewa Izanaki dan dewi Izanami, sedang mencipta Kepulauan Jepun.

Pada suatu hari, Izanami telah melahirkan Dewa Api, tetapi meninggal akibat terbakar. Izanaki yang terlalu cinta akan isterinya Izanami, turun ke alam barzakh untuk melihatnya.

Apabila dia nampak roh Izanami, Izanami pun berkata, "Saya tidak boleh balik lagi kerana saya sudah memakan makanan di alam ni. Tetapi kerana kau sudah berada di sini, saya akan tanya Dewa alam Barzakh untuk membenarkan saya pergi dengan kau. Tetapi kau mesti janji yang kau tidak akan mengikut saya sehinggalah saya kembali."

Namun, Izanaki tidak sabar dan dia pun mengekori isterinya ke istana alam barzakh. Di sana, dia terlihat badan isterinya yang tersalut dengan cacing, serta dewa-dewa petir yang menggerunkan.

Secepat mungkin, Izanaki melarikan diri. Dia menggunakan sebuah batu besar untuk menghalang isterinya daripada mengikutnya. Batu itulah yang merupakan batu pemisah antara dunia ini dengan alam barzakh.

Catatan:-

1. Cerita ini amat serupa dengan hikayat Orpheus dalam mitos Greek. Mitos ini mungkin sampai ke Jepun melalui Korea dan China.

2. Apa yang telah dimakan oleh Izanami tidak jelas. Tetapi dalam mitos Greek, Persephone telah makan buah delima di alam barzakh. Oleh itu, dia tidak dapat kembali ke pangkuan ibunya.

- Diterjemah daripada The Underworld -
Comments
1 Comments

1 comments:

  • lalang says:
    November 17, 2011 at 12:05 PM

    menarik kisah ni. nice post bro

Post a Comment