Showing posts with label larang. Show all posts
Showing posts with label larang. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Mitos - Pantang Larang Orang Melayu

|0 comments

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.
Pantang larang Sebab pantang larang wujud
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap. Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua. untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi.
 
Sumber - Wikipedia

Wednesday, November 16, 2011

Mitos - Misteri Masuk Angin

|0 comments

Ada banyak mitos kesihatan disekitar kita yg terlanjur diyakini kebenarannya. Antaranya mitos 'masuk angin', 'kerokan' dan 'angin duduk'. Masuk angin sering diasosiasikan dgn ditimpa hujan, kurang tidur, ataupun perubahan musim (cuaca). Kerokan adalah usaha utk 'mengeluarkan angin' dr dlm tubuh, sdgkan angin duduk sering dihubungkan dgn kematian mendadak.

Masuk Angin dan Ditimpa Hujan
Bagaimana sebenarnya? Mitos msuk angin memang ada benarnya, tapi apa pula salahnya. Misalnya, kita beranggapan bahawa ditimpa hujan boleh menyebabkan masuk angin, demam, batuk dan badan linu2. Padahal ini adalah infeksi virus influenza. Apa hubungan antara air hujan dgn virus influenza? Apakah di dalam air hujan terdapat virus influenza? Apakah dibalikbaju yg basah terdapat segerombolan virus yg siap menyerang? Tentu Tidak.

Mengapa kita sakit setelah ditimpa hujan? Apakah kita pernah berfikir bahawa para atlet renang yg hampir 8 jam sehari berada di kolam renang sering masuk angin? Bahkan kita sendiri saat berekreasi ke pantai atau berenang dikolam renang tetap segar bugar. Padahal sama2 air? Mengapa boleh demikian?

Disiplin ilmu psikoneuroimunologi (PNI) menjelaskan dalil (Hadith Qudsi) bahawa, Allah sebagaimana prasangka hamba-Nya. Prasangka adalah dugaan atau persepsi kita. Apabila Allah saja wujud dan keberadaan-Nya bergantung pada cara kita memahami dan memaknainya, apalagi sebuah fenomena dlm kehidupan. Persepsi kita adalah bentuk lain daripada doa. Saat tubuh ditimpa hujan, lalu kita merasa sengsara dan menganggap akan sakit, kemungkinan besar kita pun akan sakit.

Daripada mana datangnya 'doa' tersebut? daripada informasi yg disumatkan ke dlm benak kita. Daripada mana datangnya informasi itu? Daripada pengetahuan yg kita terima sbg sebuah budaya. Budaya tersebut kemudian diwariskan secara turun-temurun. Lalu kita meyakininya sbg sebuah kebenaran. Dgn demikian, kita sudah berburuk sangka terhadap air hujan. Keyakinan bahawa ditimpa hujan akan membuat sakit diterima dan menciptakan kecemasan di otak ketika kita mengalaminya. Saat cemas itulah meningkatkan kadar hormon kortisol, sehingga sistem pertahanan tubuh menjadi lemah. Keadaan ini memudahkan kuman atau virus yg tidak diundang masuk dan menggangu sistem tubuh kita. Tanpa disedari, ketakutan dan kecemasan kita telah mengundang mereka utk 'berpesta'.

Dari mana mereka datang? Mungkin dari sekitar, dari org lain yg kita jumpa, ataupun dari virus di sekitar lubang hidung kita yg memang sudah menunggu2 giliran utk masuk. Inilah sebuah gambaran indah tentang aplikasi sebuah doa. Sebagai harapan yg sarat pra-duga, doa kita diterima oleh sistem tubuh kita sendiri.

Kerokan
Sebenarnya, kerokan termasuk sebuah kaedah terapi yg telah teruji secara ilmiah. Kerokan dapt digambarkan sbg upaya utk merangsang sistem pertahanan tubuh melalui induksi radang lokal. Dgn adanya faktor peradangan, pembuluh darah akan melebar sesaat sehingga faktor2 pertahanan tubuh seperti interferon dan tumor nekrosis aktif kembali. Keadaan ini diharapkan akan membangkitkan 'ghairah' sistem pertahanan tubuh itk mengawal virus. Bahkan jika virus itu dianggap membahayakan, sistem pertahanan tubuh yg telah distimulasi tersebut dapat mengeliminasikan dan memproses ulang virus tersebut menjadi material biologi yg lebih bermanfaat.

Angin Duduk
Angin duduk adalah gejala kelainan otot jantung yg terdiri dlm waktu singkat. Keadaan ini, timbul kerana kurangnya oksigen, sehingga banyak sel otot jantung mengalami kematian.

Mengapa otot jantung boleh mengalami kekurangan oksigen? Kerana pembuluh darah yg membawa darah kaya oksigen ke bahagian2 otot jantung tersumbat, akibatnya adanya pembentukan 'bukit2' pada dinding pembuluh dalah bahagian dalam. Bukit2 ini muncul kerana adanya luka pada bahagian dalam akibat derasnya aliran darah serta banyaknya radikal bebas - khususnya yg berasal dari lemak tepu.

Radikal bebas berbahaya kerana sifat kimianya yg cenderung mengambil sebahagian elektron atau proton dari sel dinding pembuluh darah agar dirinya menjadi lebih setabil. Akibatnya sel tersebut rosak. Proses kerosakan itu akan mengundang sistem pembaikan, tetapi bila kerosakan iru terjadi secara berulang penambahan yg terjadi akan 'membukit'. Akibat penyumbatan yg terjadi di pembuluh darah jantung yg bernama koroner, penyakitnya disebut jantung koroner. Jadi angin duduk sebenarnya adalah sebahagian daripada gejala penyakit jantung koroner.

Mitos - Pantang Larang Melayu Lama

|0 comments


Masyarakat Melayu lama kaya dengan pantang larang yang diwariskan kepada anak masing-masing dalam usaha mereka menjaga perlakuan keluarga dan hubungan sesama anggota masyarakat mahupun kepada alam sekitar.

Sekali dengar sesetengah pantang larang Melayu lama seakan-akan menyekat kebebasan individu

dan kedengaran seperti tidak masuk di akal, meskipun hakikatnya pantang larang yang dikenakan itu dapat dilihat ‘kebenarannya’ sehingga kini.

Sesetengah orang melihat pantang larang Melayu lama tidak lagi sesuai diamalkan pada masa kini kerana bimbang boleh memesongkan akidah masyarakat khususnya dalam hal berkaitan kejadian, jodoh, rezeki, ajal dan maut kerana ia di tangan Ilahi.

Bagaimanapun jika diteliti sesetengah daripada pantang larang Melayu lama ada sumbangan tersendiri kepada masyarakat dan boleh diterima pakai sehingga ke hari ini apalagi tidak kurang yang mempunyai nilai menjaga kesihatan.

Pantang larang mandi malam umpamanya bertujuan untuk menjaga kesihatan pelaku yang terbukti akan mudah diserang pneumonia dan begitu juga dengan kecenderungan meminum air batu bagi mengelakkan individu mudah dijangkiti selsema mahupun demam.

Larang membiarkan tempayan beras di rumah kosong dengan alasan memendekkan rezeki sebenarnya bagi memberi peringatan kepada tuan rumah agar sentiasa bersedia menerima tetamu dan tidak lokek menjamu mereka.

Begitu juga dengan larangan membuang air di tempat yang tidak sepatutnya dengan alasan akan dimarahi penunggu sehingga mendatangkan penyakit, hakikatnya bertujuan menjaga adab dan kebersihan alam sekitar.

Bagi gadis pula yang dilarang menyanyi di dapur kerana dibimbangi lambat mendapat jodoh, hakikat bertujuan memastikan mereka memberi tumpuan dalam pekerjaan yang dilakukan serta mengelakkan daripada berlakunya pembaziran sekiranya masakan hangus kerana leka berhibur.

Larangan makan dalam pinggan sumbing kerana hutang akan bertimbun sebenarnya perbuatan itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw dan memudahkan diri dijangkiti kuman yang berkumpul pada bahagian yang rosak itu.

Tidak ketinggalan larangan memakan kepala ikan dengan alasan akan menyebabkan seseorang itu lambat menghafaz pelajaran sebenarnya turut diterima pakai dalam amalan melahirkan tahfiz sehingga hari ini.

Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya (UM), Siti Nor Awang, menafsir pantang larang yang diamalkan dalam masyarakat Melayu dulu sebagai panduan hidup mengenai perkara yang boleh dilakukan, larangan dan wajar.

“Masyarakat tradisional belajar sesuatu melalui lisan dan pantang larang yang menjadi amalan disampaikan dari generasi ke generasi berbanding masyarakat tamadun terdahulu yang belajar melalui tulisan mahupun manuskrip,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Baginya pantang larang dalam masyarakat Melayu ialah sesuatu yang dipersetujui mengenai perkara tertentu untuk dijadikan panduan hidup selain ‘dihormati’ dalam usaha melahirkan keharmonian bermasyarakat dan mewakili nilai mahupun norma sepunya.

Siti Nor berkata, pantang larang juga bertujuan melahirkan masyarakat sihat seperti dapat dilihat melalui larangan mandi pada waktu malam yang sebenarnya mengelakkan pengamalnya daripada diserang pneumonia jika sudut perubatan semasa digunakan dalam menilai perkara itu.

“Masyarakat Melayu lama cerdik dalam menyampaikan ‘peraturan’ dengan darjah keseriusan berbeza

dan ia dapat dilihat melalui kesan dan akibat yang dikatakan berhubung perbuatan melanggar larangan yang ditetapkan,” ujarnya.

Melarang ahli keluarga meniarap sambil menyilang kaki ke atas dengan alasan ibu pelaku cepat meninggal dunia sebenarnya bagi menjaga kehormatan diri manakala duduk di atas bantal menyebabkan bisul lebih kepada kawalan perlakuan bersopan.

Pensyarah Kanan, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, melihat pantang larang menurut sudut agama dan adat yang

diwarisi daripada nenek moyang, wajar diamalkan selagi tidak bercanggah serta selari dengan kehendak al- Quran mahupun sunnah.

“Orang Melayu lama mengadakan pantang larang berdasarkan pengalaman mereka sehingga ia sebati dalam pemikiran masyarakat dengan sesetengahnya bertentangan wahyu Allah SWT. Pantang larang yang berbau khurafat dan bertentangan dengan al-Quran serta sunnah, wajar ditinggalkan,” jelasnya.

Dr Nik Mohd Rosdi berkata, sesetengah pantang larang orang Melayu yang berkait dengan kuasa ghaib sebenarnya bertujuan menimbulkan rasa takut pada masyarakat dan dipercayai sepenuhnya, sewajarnya diubah dengan mendahulukan akidah dan ajaran Islam.

“Dengan mendahulukan akidah dan ajaran Islam dalam perkara berhubung pantang larang, kita masih mengekalkan tujuan baik iaitu menghindarkan perkara buruk menimpa diri dan membendung diri daripada melakukan sesuatu perbuatan tidak sopan,” katanya.

Oleh Tuan Nur Suhaila Raja Muhammad